Friday, December 26, 2008

Sesi Persekolahan Serta Bayaran Persekolahan 2009

SESI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2009 AKAN BERMULA PADA 5 JAN 2009.

Sesi Pagi 7.45am hingga 10.30am(KAFA)
10.30am hingga 11.30am(Al Quran&Iqra')*

Sesi Petang 2.30pm hingga 5.00pm(KAFA)
5.00pm hingga 6.00pm(Al Quran&Iqra)*

*Bagi yang berminat sahaja.

WAKTU BAYARAN BAGI YURAN PERSEKOLAHAN 2009

Segala bayaran persekolahan hendaklah dibuat pada 2&3 Januari 2009 iaitu pada hari Jumaat&Sabtu.

Jumaat : 8.30am hingga 4.30pm

Sabtu : 9.00pm hingga 2.00pm

Jualan Buku Teks Sekolah juga akan diadakan pada hari tersebut.

Pembayaran yuran sekolah hendaklah dibayar kepada guru yang telah ditetapkan mengikut kelas.

Diharapkan ibu bapa / penjaga maklum perkara diatas dan dapat membuat pembayaran pada hari dan masa yang telah ditetapkan

Wednesday, December 10, 2008

Pendaftaran KAFA Integrasi Bukit Jelutong sesi 2009

Bagi kemudahan mendaftar pelajar baru sesi 2009, borang pendaftaran boleh dimuat turun dari blog www.kafabj.blogspot.com. Pejabat akan dibuka mulai 15 Disember 2008 pada jam 9.00pagi hingga 3.00petang kecuali pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

Pihak Sekolah juga akan mengadakan kelas pengajian Al'Quran dan Iqra' secara kelas (selama 1 jam) iaitu selepas tamat waktu pembelajaran sekolah. Kelas ini dibuka kepada semua pelajar samaada pelajar KAFA mahupun pelajar luar yang berminat. Borang pendaftaran juga boleh dimuatturun dari blog KAFABJ.

Borang-borang boleh diserahkan mulai tarikh yang tersebut atau kepada Ketua Guru Ustadz Faizul yang boleh dihubungi di talian 012-275 1910 (H/p).

Pejabat Sekolah akan Dibuka Bagi Sesi Pendaftaran 2009

Pejabat sekolah akan dibuka bermula 15 Disenber 2008 pada jam 9.00am hingga 3.00pm kecuali pada hari sabtu&Ahad serta cuti am.
Pendaftaran masih lagi terbuka bagi setiap tahun.

Wednesday, November 12, 2008

MALAM KECEMERLANGAN PELAJAR KAFA INTEGRASI BUKIT JELUTONG

Pihak Sekolah akan mengadakan Malam Kecemerlangan Pelajar pada 14 November 2008 (Jumaat) bertempat di Masjid Bukit Jelutong bermula Jam 8.00 malam.

Diantara acara yang akan berlangsung adalah Majlis Khatam Al-Quran, Persembahan Nasyid serta penyampaian hadiah bagi para pelajar yang cemerlang bagi peperiksaan akhir tahun serta Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Pihak Sekolah mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan para dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menampung kos perjalanan majlis tersebut, semoga Allah s.w.t akan memberi rahmat kepada ibu bapa dan para dermawan.

Diharapkan ibu bapa dapat hadir bersama untuk kita memeriahkan lagi Malam Kecemerlangan Pelajar Bagi sesi 2008.

Thursday, October 16, 2008

KELAS PENGAJIAN AL QURAN & IQRA'

Salam..

Pihak sekolah Kafai BJ kini mengorak lagi langkah dalam menyediakan sistem pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti untuk anak-anak Bukit Jelutong dan yang berhampiran dengannya.

Sebelum ini para pelajar hanya sekadar datang mengaji secara talaqi kemudian pulang setelah selesai mengaji dan akan dikira khatam setelah selesai menghabiskan bacaan dari Surah Al- Fatihah sehingga Surah An-nas. Setelah diteliti dan diperhalusi terdapat beberapa kelemahan bagi sistem yang sedia ada ini.

1. Para pelajar hanya membaca mengikut guru

Kesan daripada perkara diatas bagi pelajar yang lemah mereka kemungkinan besar tidak akan dapat membaca sendirian apabila tiada bimbingan guru kerana mereka sekadar mengikut bacaan guru.

2. Para pelajar tidak mengetahui hukum-hukum tajwid

Ini kerana penerangan guru hanya sekadar lisan sahaja dan kemungkinan pada masa akan datang mereka akan melupainya dengan cepat.

3. Konsep tidak memahami panjang -pendek,jelas, dengung dan sebagainya.

Oleh kerana para pelajar hanya mengikuti bacaan guru maka apabila guru membaca panjang, jelas, dengung dan sebagainya mereka hanya sekadar mengikut sahaja tiada penerangan yang mantap kerana ini konsep baca dan pulang.

4. Tiada rekod pencapaian dan prestasi pelajar

Ibu bapa hanya sekadar mengetahui prestasi pelajar melalui perbualan dengan guru sahaja tiada sebarang bukti penilaian atau rekod yang di catit.


Disini akan saya jelaskan tentang kelas pengajian Al-Quran dan Iqra yang terbaru ini.

1. Pendaftaran

Kelas ini terbuka kepada semua orang tidak kira samada pelajar Kafa BJ mahupun pelajar luar. Tiada had umur, pelajar menengah juga boleh menyertainya. Bagi orang dewasa kelas akan cuba dibuka jika cukup jumlah pelajarnya.

2. Waktu Pembelajaran

Pihak sekolah akan mengadakan 3 sesi iaitu pagi (10.30am hingga 11.30) sesi petang (5.00pm hingga 6.00pm) *sesi malam 8.00pm hingga 9.00pm) *bergantung kepada jumlah pelajar.


3. Silibus pembelajaran

Silibus pembelajaran adalah seperti berikut Bacaan, Tajwid, Gharib( bacaan khas)serta hafazan beberapa surah lazim.

4. Sistem Pembelajaran

Terlebih dahulu para pelajar perlu menduduki ujian lisan untuk menentukan tahap mereka dan untuk diasingkan kelas mengikut tahap pencapaian mereka.

Para pelajar yang telah menghabiskan sesuatu jilid Iqra akan diberikasn ujian lisan dan bertulis dan jika lulus mengikut kualiti yang ditetapkan sekolah mereka akan dipindahkan ke jilid iqra berikutnya.

Setiap hari guru akan mengambil rekod para pelajar dan akan diberikan kepada tuan/puan pada setiap bulan untuk mengetahui tahap prestasi anak-anak jagaan tuan/puan.

Bagi para pelajar al quran setelah menduduki ujian lisan serta bertulis dan telah lulus dengan jayanya akan diberikan sijil khatam alQuran secara bertajwid yang mana pelajar ketika ini boleh membaca alQuran dengan baik dan lancar serta mengetahui segala hukum-hukum tajwid apabila mereka membaca sendirian.

Para pelajar yang menduduki Peperiksaan Sekolah rendah Agam (PSRA) juga akan mendapat nilai tambah apabila menduduki peperiksaan tajwid di dalam subjek al quran, tajwid dan hafazan. Ini kerana sukatan bagi kelas ini merangkumi sukatan pembelajaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Setelah sedikt penerangan di atas diharapkan ibu bapa penjaga dapat memahami kenapa perlu adanya kelas ini diubahsuai dan ditetapkan masa pembelajranya yang berbentuk kelas.

Kelas ini akan bermula pada sesi Januari 2009 akan datang, segala pertanyaan berkaitan borang pendaftaran, yuran bulanan boleh berhubung terus dengan:

Ustaz Faizul:
HP : 012 - 2751910
Pejabat: 03 - 7846 2602

PENDAFTARAN BAGI SESI 2009 KINI DIBUKA

Salam..

Pihak sekolah kini telah membuka pendaftaran bagi pelajar baru ( Tahun 1 hingga 6).

Pihak ibu bapa/penjaga diharapkan agar mendaftar anak-anak jagaan tuan / puan dengan segera. Pihak sekolah hanya membuat pengambilan terhad sahaja bergantung kepada kesesuaian kelas.

Setiap kelas hanya diperuntukkan tidak melebihi daripada 30 orang pelajar sahaja. Segala butiran pembayaran dan borang pendaftaran boleh didapati di kaunter Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong atau hadir terus ke pejabat sekolah yang terletak di sebelah Masjid / Surau Bukit Jelutong.

Yuran pendaftaran hanya boleh di bayar apabila sesi persekolahan bermula iaitu pada 2 Januari 2009. Borang pendaftaran hendaklah dihantar dengan berapa segera agar anak-anak jagaan tuan / puan mendapat tempat di sekolah ini. Buat masa kini proses pendaftaran sedang berjalan dengan rancak dan pihak sekolah masih lagi membuka pendaftaran baru bagi sesi 2009.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi

Ustaz Faizul:
HP: 012 - 2751910
Pejabat: 03 - 7846 2602

Monday, June 30, 2008

SOLAT BERJEMAAH

Ada tangkapan ibu-bapa bahawa murid KAFA BJ tidak dibenarkan bersolat jemaah Asar di Masjid BJ?

Maklumat atau berita seperti diatas adalah tidak benar atau mungkin berlaku salah faham dipihak yang berfikiran begitu.

Sebenarnya sekolah KAFA BJ secara rasminya berakhir sebaik kedengaran azan asar. Ini adalah kerana kita menganjurkan supaya murid-murid dapat meneruskan dengan bersolat jemaah asar bersama-sama di Masjid. malahan pada hari Juma'at selepas mereka berjemaah asar, mereka sekali lagi mengadakan sessi "amali solat" berasingan dipimpin oleh guru. Jadi sayugia dimaklumkan bahawa murid-murid KAFA BJ sebenarnya melaksanakan solat asar secara berjemaah dengan jemaah yang lain, malahan kalau kita berada disana waktu Asar, kita akan lihat bahawa hampir 70% daripada Jemaah Asar adalah terdiri daripada murid-murid KAFA BJ kerana bilangan orang dewasa dan orang muda hanya setakat 1/2 saf pertama.

Harap penjelasan ini dapat menghapuskan sebarang salah tanggapan. Untuk makluman, memang ada murid yang tidak bersama berjemaah kerana mungkin pengangkutan mereka telah sedia menunggu dan ada yang lebih suka bermain-main sambil menanti kedatangan ibu/bapa atau pengangkutan mereka sedang yang lain berjemaah Asar.

Kepada golongan ini, kita meminta Ibu/Bapa menasihatkan mereka supaya menyertai jemaah di Masjid sebelum pulang.

Monday, April 14, 2008

TERKINI KAFA BJ

GURU BARU

  • Kita telah menggaji seorang guru baru bagi menggantikan Uztaz Shukur. Guru tersebut ialah Uztaz Faizul Shafie yang memulakan tugas pada hari ini. Beliau akan mengajar pada sessi petang bagi mata pelajaran; Sirah / Tajwid dan Bahasa Arab. Ustaz Faizul ialah seorang Hafiz lulusan Institut Al Quran Kuala Lumpur dan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia.


PENDAFTARAN JAIS

  • Pendaftaran sekolah dibawah pengurusan baru telah diluluskan oleh JAIS dengan nama KAFA Integrasi Bukit Jelutong. Dengan kelulusan pendaftaran ini, maka rancangan penambahbaikan yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. InsyaAllah.

LOGO dan LENCANA SEKOLAH

  • Diatas inisiatif Ustaz Ramdhan Rafflis, beberapa cadangan logo telah dikemukakan. InsyaAllah selepas mesyuarat lembaga yang akan datang, kita akan mengumumkan logo dan lencana tersebut untuk di gunapakai didalam semua urusan dan pengenalan sekolah.