Monday, June 30, 2008

SOLAT BERJEMAAH

Ada tangkapan ibu-bapa bahawa murid KAFA BJ tidak dibenarkan bersolat jemaah Asar di Masjid BJ?

Maklumat atau berita seperti diatas adalah tidak benar atau mungkin berlaku salah faham dipihak yang berfikiran begitu.

Sebenarnya sekolah KAFA BJ secara rasminya berakhir sebaik kedengaran azan asar. Ini adalah kerana kita menganjurkan supaya murid-murid dapat meneruskan dengan bersolat jemaah asar bersama-sama di Masjid. malahan pada hari Juma'at selepas mereka berjemaah asar, mereka sekali lagi mengadakan sessi "amali solat" berasingan dipimpin oleh guru. Jadi sayugia dimaklumkan bahawa murid-murid KAFA BJ sebenarnya melaksanakan solat asar secara berjemaah dengan jemaah yang lain, malahan kalau kita berada disana waktu Asar, kita akan lihat bahawa hampir 70% daripada Jemaah Asar adalah terdiri daripada murid-murid KAFA BJ kerana bilangan orang dewasa dan orang muda hanya setakat 1/2 saf pertama.

Harap penjelasan ini dapat menghapuskan sebarang salah tanggapan. Untuk makluman, memang ada murid yang tidak bersama berjemaah kerana mungkin pengangkutan mereka telah sedia menunggu dan ada yang lebih suka bermain-main sambil menanti kedatangan ibu/bapa atau pengangkutan mereka sedang yang lain berjemaah Asar.

Kepada golongan ini, kita meminta Ibu/Bapa menasihatkan mereka supaya menyertai jemaah di Masjid sebelum pulang.