Wednesday, November 4, 2009

Pendaftaran Bagi Sesi 2010 Kini Dibuka

Pendaftaran murid tahun 1- 6 kini telah dibuka. Pihak ibu bapa boleh hadir ke pejabat dengan membawa 2 keping gambar dan 1 salinan surat beranak, manakala bagi pelajar lama boleh membuat pengesahan pelajar bagi sesi 2010.

Pihak ibu bapa juga telah boleh membuat tempahan buku teks sekarang dengan mengisi borang tempahan buku teks 2010.

Sebarang pertanyaan sila hadir terus ke pejabat atau hubungi nombor yang tertera.

Monday, October 26, 2009

Tidak Terlepas dari PEROMPAK!

Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bukit Jelutong, yang terletak didalam kawasan Surau/Masjid telah tidak terlepas menjadi sasaran perompak untuk dirompak!


Perompak/perompak-perompak, memasukki pejabat dan bilik guru melalui siling yang dipanjat dari salah satu kelas, menggunakan kerusi-meja yang disusun sebagai tangga.

Murid-murid belajar seperti biasa pagi ini sementara murid dari kelas yang terlibat telah diletakkan di ruang sembahyang, blok sayap terbuka masjid bagi memberikan ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.Didapati hilang dirompak ialah wang kelab guru anggaran RM1,900.00. Menurut Guru Besar, ianya disimpan dipejabat untuk diguna bagi membeli buku sessi 2010, yang dijangka dilakukan hari ini. Kejadian rompakan ini tidak pasti bila dilakukan kerana hanya disedari pagi tadi. Kemungkinannya ia dilakukan pada cuti hujung minggu semalam.
**
Bersama-sama lah kita mengawasi kawasan kejiranan kita!
**
Zainal Abidin Ahmad
Timbalan Pengerusi