Thursday, December 13, 2007

SESSI TAHUN 2008

Alhamdullillah hajat kita untuk menambahbaik Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bukit Jelutong semakin menampakkan kemajuan. Lembaga Pengelola yang baru ini mengambil alih pengurusan pada pertengahan sessi 2007 dan tanpa berlengah menjalankan beberapa perubahan tanpa menjejaskan perjalanan harian sekolah dengan memastikan pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar. Didalam masa yang sama kita terus merancang untuk sessi 2008 dengan beberapa pembaikkan dan perancangan agar Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bukit Jelutong ini, akan dapat menyempurnakan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat dengan cemerlang, seperti yang di harapkan oleh semua.

Pada malam tadi Lembaga Pengelola telah mengadakan Mesyuarat Bulanan Kali Ke5 dan beberapa perkara telah di bentangkan dan diantara yang harus kita maklumkan untuk makluman umum adalah:-

  1. Seperti dimaklumkan terdahulu, sessi petang yang dulunya dipecahkan kepada 2 sessi pengajian oleh Pengurusan Lama atas sebab tidak cukup bilik darjah dan sebagainya, kini telah berjaya kita atasi. Mulai tahun 2008, sessi petang akan berjalan sepenuhnya sebagai satu sessi sahaja dan ini memudahkan ibu-bapa untuk mengatur jadual pergi dan balik sekolah disamping aspek pembelajaran akan menepati sepenuhnya Modul yang ditetapkan oleh JAIS.

  2. Kita juga akan menawarkan KELAS TAMBAHAN PENGAJIAN AL QURAN. Pelajar boleh memilih untuk menyertai Kelas ini dengan yuran tambahan RM30.00 sebulan. Kepada yang berminat boleh lah menyatakan persetujuan semasa pendaftaran baru atau semasa sessi 2008 bermula kelak. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Ketua Pentadbir Ustaz Ramdhan Rafflis.

  3. Pihak Lembaga juga telah melakukan beberapa kerja menaiktaraf bangunan untuk keselamatan seperti memasang grill pada tingkap-tingkap dibilik kelas tingkat atas, memasang "Emergency Light dan Tanda Keluar" pada pintu-pintu kelas serta menyediakan alat pemadam api mencukupi. Kita juga telah mendapat kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat yang telah datang memberikan nasihat dan seterusnya kelulusan Jabatan.

  4. InsyaAllah tahun 2008 akan menyaksikan kecemerlangan. Untuk makluman semua pencapaian tahun 2007 menyaksikan kelulusan 100% didalam UPKK dan 99% didalam PSRA.Kami mensasarkan pencapaian ketahap Cemerlang bagi tahun 2008 dan untuk itu kita sudah membuat perancangan bagi mencapainya. Makluman dan perinciannya akan kita sampaikan dari semasa ke semasa.

    Sama-samalah kita memberikan kerjasama dalam mengusahakan kejayaan anak-anak yang diamanahkan ini untuk masa hadapan yang lebih baik!

    b/p Lembaga Pengelola SAR KAFA Integrasi Bukit Jelutong