Thursday, December 13, 2007

SESSI TAHUN 2008

Alhamdullillah hajat kita untuk menambahbaik Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bukit Jelutong semakin menampakkan kemajuan. Lembaga Pengelola yang baru ini mengambil alih pengurusan pada pertengahan sessi 2007 dan tanpa berlengah menjalankan beberapa perubahan tanpa menjejaskan perjalanan harian sekolah dengan memastikan pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar. Didalam masa yang sama kita terus merancang untuk sessi 2008 dengan beberapa pembaikkan dan perancangan agar Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bukit Jelutong ini, akan dapat menyempurnakan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat dengan cemerlang, seperti yang di harapkan oleh semua.

Pada malam tadi Lembaga Pengelola telah mengadakan Mesyuarat Bulanan Kali Ke5 dan beberapa perkara telah di bentangkan dan diantara yang harus kita maklumkan untuk makluman umum adalah:-

  1. Seperti dimaklumkan terdahulu, sessi petang yang dulunya dipecahkan kepada 2 sessi pengajian oleh Pengurusan Lama atas sebab tidak cukup bilik darjah dan sebagainya, kini telah berjaya kita atasi. Mulai tahun 2008, sessi petang akan berjalan sepenuhnya sebagai satu sessi sahaja dan ini memudahkan ibu-bapa untuk mengatur jadual pergi dan balik sekolah disamping aspek pembelajaran akan menepati sepenuhnya Modul yang ditetapkan oleh JAIS.

  2. Kita juga akan menawarkan KELAS TAMBAHAN PENGAJIAN AL QURAN. Pelajar boleh memilih untuk menyertai Kelas ini dengan yuran tambahan RM30.00 sebulan. Kepada yang berminat boleh lah menyatakan persetujuan semasa pendaftaran baru atau semasa sessi 2008 bermula kelak. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Ketua Pentadbir Ustaz Ramdhan Rafflis.

  3. Pihak Lembaga juga telah melakukan beberapa kerja menaiktaraf bangunan untuk keselamatan seperti memasang grill pada tingkap-tingkap dibilik kelas tingkat atas, memasang "Emergency Light dan Tanda Keluar" pada pintu-pintu kelas serta menyediakan alat pemadam api mencukupi. Kita juga telah mendapat kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat yang telah datang memberikan nasihat dan seterusnya kelulusan Jabatan.

  4. InsyaAllah tahun 2008 akan menyaksikan kecemerlangan. Untuk makluman semua pencapaian tahun 2007 menyaksikan kelulusan 100% didalam UPKK dan 99% didalam PSRA.Kami mensasarkan pencapaian ketahap Cemerlang bagi tahun 2008 dan untuk itu kita sudah membuat perancangan bagi mencapainya. Makluman dan perinciannya akan kita sampaikan dari semasa ke semasa.

    Sama-samalah kita memberikan kerjasama dalam mengusahakan kejayaan anak-anak yang diamanahkan ini untuk masa hadapan yang lebih baik!

    b/p Lembaga Pengelola SAR KAFA Integrasi Bukit Jelutong

Monday, November 5, 2007

MAKLUMAN TERKINI KAFA BJ

1. PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA
  • Selaras dengan perlantikan baru JawatanKuasa Surau/Masjid Bukit Jelutong, maka Pengerusi baru Surau/Masjid BJ, Tuan Hj Zainul b Mohd Diyar telah mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola KAFA Integrasi Bukit Jelutong daripada Tuan Hj.Wan Yaakup yang telah menyerahkan tugas secara rasmi kepada Tn.Hj.Zainul pada mesyuarat bulanan Lembaga Pengelola KAFA yang lepas. Kami mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kaseh kepada Tn.Hj.Wan Yaakup diatas sumbangan khidmat beliau dan selamat bertugas kepada Tn.Hj.Zainul.


2. PERLANTIKAN KETUA PENTADBIR

  • Mesyuarat bulanan Lembaga Pengelola KAFA pada 25.10.2007 telah melantik Ust.Ramdhan b Rafflis selaku Ketua Pentadbir berkuatkuasa 1.11.2007 dan sehubungan dengan itu melepaskan kedudukan sebagai ahli Lembaga Pengelola. Kami mengucapkan selamat bertugas dan semuga Ustz. dapat menyumbang kepada peningkatan mutu dan pencapaian.

3. YURAN PENDAFTARAN TAHUN 2008

  • Beberapa perubahan telah dibuat kepada yuran pendaftaran dan kami merasakan ianya akan diterima dengan baik. Jumlah keseluruhannya adalah kurang daripada tahun-tahun sebelum ini.


4. RANCANGAN AKTIBITI TAHUN 2008

  • Mesyuarat bulanan baru-baru ini juga telah bersetuju untuk menganjurkan satu program besar yang dijangka akan diadakan pada awal tahun sessi 2008 iaitu HARI KECEMERLANGAN DAN KHATAM AL-QUR'AN. Ketetapan tarikh dan butiran lanjut akan di umumkan selepas sessi persekolahan 2008 bermula nanti, insyaAllah.


5. PENAMBAHBAIKAN

  • a. Kelas petang yang kini dibuat secara 2 sessi akan di ubah kepada 1 sessi bermula tahun 2008.

  • b. Seorang pembantu am telah di gajikan untuk membantu menjaga kebersihan dan mengawasi anak-anak sementara menunggu pengangkutan. Namun kerjasama ibu-bapa diperlukan untuk menasihatkan anak-anak agar menjaga kebersihan, keharmonian dan tingkah laku didalam kawasan Masjid. Juga untuk memberitahu Pengangkutan masing-masing untuk memungut anak-anak di pintu pagar Sekolah/Masjid bukan di tepi jalan utama dibawah masjid demi keselamatan mereka. Anak-anak hendaklah diberitahu untuk menunggu di DALAM KAWASAN PAGAR MASJID. KAMI INGIN MENEKANKAN bahawa Pembantu Am dan Pehak KAFA tidak bertanggungjawab diatas keselamatan atau sebarang kesulitan atau bencana yang timbul ketika anak-anak menunggu pengangkutan mereka.

  • c. Anak-anak TRANSIT. Pihak KAFA hanya membantu dalam segi menyediakan tempat mandi dan bersalin pakaian. Lebih daripada itu, kami menggaji pembantu am HANYA untuk membantu mengawasi TETAPI tidak bertanggungjawab diatas keselamatan dan urusan mereka. Sayugia diingat bahawa sekolah ini terletak didalam kawasan Masjid, jadi sama-sama lah membantu dengan berpesan kepada anak-anak untuk menjaga tata susila dan keharmonian serta kebersihan. KAFA juga telah menyediakan Kantin untuk kemudahan semua. InsyaAllah pihak Lembaga telah membincangkan dengan panjang lebar berkenaan kedudukkan anak-anak transit ini dan kami akan menghalusinya lagi pada sessi tahun 2008 nanti. Sebarang maklumat lanjut akan di beritahu kelak.

Wasallam

b/p Lembaga Pengelola KAFA Integrasi Bukit Jelutong

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2008

Assalamu'alaikum Wm Wb

Warga KAFA BJ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat. Kepada pelajar yang akan mula bercuti hujung tahun, kami ucapkan selamat bercuti dengan ingatan agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri anda.

MAKLUMAN umum:-

1. PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2008

Sessi Pertama (Sebelum Cuti Hujung Tahun Bermula)

A. BERMULA sekarang hingga 16.11.2007.

Sessi Kedua (Semasa Cuti-3 minggu sebelum Tahun Persekolahan 2008 bermula)

B. Dari 10.12.2007 - 28.12.2007

( Hanya pada hari ISNIN - JUMAAT dari jam 11pagi hingga 2 petang)
( Kecuali Cuti Umum)

Guru-guru telah dijadualkan untuk bertugas mengikut giliran masing-masing pada waktu- waktu tersebut dimusim cuti persekolahan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:-

Ketua Pentadbir : Ustz. Ramdhan b Rafflis

Terima kaseh.
b/p Lembaga Pengelola KAFA Integrasi Bukit Jelutong

Tuesday, August 14, 2007

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KAFA INTEGRASI BUKIT JELUTONG

Pengerusi:
Pengerusi Surau/Masjid Bukit Jelutong
(Tn. Hj.Wan Yaakup Hj Wan Harun)

Timbalan Pengerusi:
En. Zainal Abidin Bin Ahmad

Setiausaha:
Tn. Hj. Hadarul Hasuat

Pen.Setiausaha:
Tn. Ustaz Muhammad Ramdhan B Rafflis

Bendahari:
Tn. Hj. Abdullah B Embong

Pen.Bendahari:
En. Zakaria B Ali (a.k.a.Tongchai)

Ahli Jawatankuasa:
1) En. Wan Rusdi B Che Omar
2) Tn. Hj. Fauzi
3) Tn. Hj. Zainul B Md.Diyar
4) YM Hj. Raja Haron B Raja Aziz
5) Tn. Hj. Abd Rahman B.Hj.Md.Nor
6) Tn. Hj. Ahmad Zamil B Zainal Badri

BIRO - BIRO:


Biro Pendidikan:
1) Tn. Hj. Zainul B Md.Diyar
2) Tn. Ustaz Muhammad Ramdhan B Rafflis
3) Tn. Hj. Ahmad Zamil B Zainal Badri

Biro Disiplin & Keselamatan:
1) Tn. Hj. Abd Rahman B Hj Md.Nor
2) Tn. Hj. Hadarul Hasuat
3) En. Azman B Malik

Biro Pentadbiran & Penyelenggaraan:
1) Tn. Hj Muhd Fauzi
2) Tn. Hj. Wan Yaakup B Wan Harun
3) En. Wan Rusdi B Che Omar

Biro Kebajikan:
1) En. Zainal Abidin B Ahmad
2) YM. Hj. Raja Haron B Raja Aziz
3) En. Zakaria B Ali


Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 2 kali iaitu;
Mesyuarat AJK Pertama : 05/07/2007 ( 19 Jamadilakhir) - Khamis
Mesyuarat AJK Kedua : 09/08/2007 (25 Rejab) - Khamis

Pembentangan Akaun kali pertama telah dibuat pada Mesyuarat AJK Kali ke-2 dan ringkasan nya adalah seperti berikut:-

Pendapatan Kutipan Yuran:
RM9,720.00

Perbelanjaan:
Elaun Guru (7 Orang) RM3,334.00
Belanja Pentadbiran RM 307.01
Jumlah Perbelanjaan (RM3,741.01)

Lebihan RM6,978.99
=========


Lain-lain Hal:

Akaun Semasa telah dibuka di Maybank TTDI Jaya atas nama "Surau/Masjid Bukit Jelutong - KAFA"

AJK telah menggajikan seorang Pembantu Am (Wanita Islam/Indonesia) bagi menjaga kebersihan kelas dan kawasan disamping mengawasi keselamatan murid-murid didalam kawasan sekolah. Elaun bagi penggajian ini ialah RM650.00 bermula Ogos 2007.

Kantin telah beroperasi dengan baik dan AJK bersetuju untuk menaiktaraf infrastruktur dan kajian akan dilakukan oleh Biro Pentadbiran dan Penyelenggaraan. Kos pemasangan langsir sebanyak RM300.00 yang telah di belanjakan oleh Hj.Wan Yaakup akan dikemukakan tuntutan kepada Bendahari. Hj.Wan Yaakup juga memaklumkan berkenaan tuntutan mengecat kelas yang berjumlah RM3,000.00 yang masih belum dijelaskan.

Pihak AJK Surau/Masjid telah menetapkan sumbangan kepada Surau/Masjid yang dikenakan kepada KAFA sebanyak 10% daripada yuran atau maksima RM1,000.00. AJK bersetuju meminta AJK Surau/Masjid untuk menangguhkan dahulu sumbangan sehingga akaun KAFA berjalan stabil.

Sumbangan Per Kapita daripada JAPIM dijangka dimasukkan ke Akaun Pengurusan KAFA yang lama dan telah dipersetujui oleh Pengurusan lama untuk memindahkan sumbangan tersebut kepada Pengurusan Baru dan Akaun lama di tutup dan pembentangan akaun penutup akan diserahkan kepada Pengurusan baru. (Tindakan: Hj.Wan Yaakup).

Biro Kebajikan di pertanggungjawabkan untuk membuat kajian menyeluruh skim elaun dan kebajikan guru dan pekerja untuk dibentangkan pada mesyuarat akan datang. Berkenaan Pendaftaran baru KAFA Integrasi Bukit Jelutong - sedang diuruskan dengan JAIS oleh En. Zainal Abidin.

Perlantikan Ustz.Ramdhan B Rafflis sebagai Ketua Pentadbir - Di persetujui pada mesyuarat AJK yang Pertama tetapi lantikan ditangguhkan sehingga hujung bulan ini untuk berkuatkuasa September 2007. Borang permohonan lantikan sebagai guru KAFA telah dikemukakan ke JAIS dan sedang diproses.

Tuesday, July 17, 2007

Alamat Sekolah KAFA Bukit Jelutong

Sekolah KAFA Bukit Jelutong,
D/A Surau Bukit Jelutong,
Lot 1, Jalan Mimbar U 8/13,
Seksyen U8 Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN


Zainal Abidin Ahmad (019-261 7970)
Naib Pengerusi
Lembaga Pengelola KAFA Bukit Jelutong

Thursday, July 12, 2007

Sekolah KAFA Bukit Jelutong




("Click" pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas)

Sekolah KAFA Bukit Jelutong mula beroperasi pada tanggal 18 Jun, 2007 (Isnin).
Perpindahan dari rumah kediaman ke bangunan sekolah yang lebih kondusif.