Tuesday, August 14, 2007

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KAFA INTEGRASI BUKIT JELUTONG

Pengerusi:
Pengerusi Surau/Masjid Bukit Jelutong
(Tn. Hj.Wan Yaakup Hj Wan Harun)

Timbalan Pengerusi:
En. Zainal Abidin Bin Ahmad

Setiausaha:
Tn. Hj. Hadarul Hasuat

Pen.Setiausaha:
Tn. Ustaz Muhammad Ramdhan B Rafflis

Bendahari:
Tn. Hj. Abdullah B Embong

Pen.Bendahari:
En. Zakaria B Ali (a.k.a.Tongchai)

Ahli Jawatankuasa:
1) En. Wan Rusdi B Che Omar
2) Tn. Hj. Fauzi
3) Tn. Hj. Zainul B Md.Diyar
4) YM Hj. Raja Haron B Raja Aziz
5) Tn. Hj. Abd Rahman B.Hj.Md.Nor
6) Tn. Hj. Ahmad Zamil B Zainal Badri

BIRO - BIRO:


Biro Pendidikan:
1) Tn. Hj. Zainul B Md.Diyar
2) Tn. Ustaz Muhammad Ramdhan B Rafflis
3) Tn. Hj. Ahmad Zamil B Zainal Badri

Biro Disiplin & Keselamatan:
1) Tn. Hj. Abd Rahman B Hj Md.Nor
2) Tn. Hj. Hadarul Hasuat
3) En. Azman B Malik

Biro Pentadbiran & Penyelenggaraan:
1) Tn. Hj Muhd Fauzi
2) Tn. Hj. Wan Yaakup B Wan Harun
3) En. Wan Rusdi B Che Omar

Biro Kebajikan:
1) En. Zainal Abidin B Ahmad
2) YM. Hj. Raja Haron B Raja Aziz
3) En. Zakaria B Ali


Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 2 kali iaitu;
Mesyuarat AJK Pertama : 05/07/2007 ( 19 Jamadilakhir) - Khamis
Mesyuarat AJK Kedua : 09/08/2007 (25 Rejab) - Khamis

Pembentangan Akaun kali pertama telah dibuat pada Mesyuarat AJK Kali ke-2 dan ringkasan nya adalah seperti berikut:-

Pendapatan Kutipan Yuran:
RM9,720.00

Perbelanjaan:
Elaun Guru (7 Orang) RM3,334.00
Belanja Pentadbiran RM 307.01
Jumlah Perbelanjaan (RM3,741.01)

Lebihan RM6,978.99
=========


Lain-lain Hal:

Akaun Semasa telah dibuka di Maybank TTDI Jaya atas nama "Surau/Masjid Bukit Jelutong - KAFA"

AJK telah menggajikan seorang Pembantu Am (Wanita Islam/Indonesia) bagi menjaga kebersihan kelas dan kawasan disamping mengawasi keselamatan murid-murid didalam kawasan sekolah. Elaun bagi penggajian ini ialah RM650.00 bermula Ogos 2007.

Kantin telah beroperasi dengan baik dan AJK bersetuju untuk menaiktaraf infrastruktur dan kajian akan dilakukan oleh Biro Pentadbiran dan Penyelenggaraan. Kos pemasangan langsir sebanyak RM300.00 yang telah di belanjakan oleh Hj.Wan Yaakup akan dikemukakan tuntutan kepada Bendahari. Hj.Wan Yaakup juga memaklumkan berkenaan tuntutan mengecat kelas yang berjumlah RM3,000.00 yang masih belum dijelaskan.

Pihak AJK Surau/Masjid telah menetapkan sumbangan kepada Surau/Masjid yang dikenakan kepada KAFA sebanyak 10% daripada yuran atau maksima RM1,000.00. AJK bersetuju meminta AJK Surau/Masjid untuk menangguhkan dahulu sumbangan sehingga akaun KAFA berjalan stabil.

Sumbangan Per Kapita daripada JAPIM dijangka dimasukkan ke Akaun Pengurusan KAFA yang lama dan telah dipersetujui oleh Pengurusan lama untuk memindahkan sumbangan tersebut kepada Pengurusan Baru dan Akaun lama di tutup dan pembentangan akaun penutup akan diserahkan kepada Pengurusan baru. (Tindakan: Hj.Wan Yaakup).

Biro Kebajikan di pertanggungjawabkan untuk membuat kajian menyeluruh skim elaun dan kebajikan guru dan pekerja untuk dibentangkan pada mesyuarat akan datang. Berkenaan Pendaftaran baru KAFA Integrasi Bukit Jelutong - sedang diuruskan dengan JAIS oleh En. Zainal Abidin.

Perlantikan Ustz.Ramdhan B Rafflis sebagai Ketua Pentadbir - Di persetujui pada mesyuarat AJK yang Pertama tetapi lantikan ditangguhkan sehingga hujung bulan ini untuk berkuatkuasa September 2007. Borang permohonan lantikan sebagai guru KAFA telah dikemukakan ke JAIS dan sedang diproses.

4 comments:

Anonymous said...

ada sedikit kemuskilan dari saya, maklumat dari JAIS menyatakan wang Perkapita telah disalurkan kepada sekolah-sekolah agama. Mengapa di KAFA Bukit Jelutong, guru-guru khabarnya tidak berkelayakan menerima eang tersebut. Mengapa wang berjumlah RM 22 ribu tersebut dimasukkan kepada akaun masjid? Sepatutnya 70% adalah untuk guru-guru dan 30% untuk sekolah. Apakah kelayakan pihak masjid untuk mengambil wang tersebut? Sila jelaskan.....

Anonymous said...

mengapa mesti ust. Rahmandhani dilantik sebagai Ketua Guru, sedangkan beliau hanyalah imam surau. Adakah beliau mampu mengajar di sekolah yang berbeza caranya di masjid. Mengapa jawatan ketua guru menjadi rebutan sekarang ?

Anonymous said...

1. Maklumat anda tidak betul. KAFA mempunyai akaun berasing dari Masjid. Tentang agihan/penggunaan dana adalah bidang tanggungjawab Lembaga Pengelola.

2. Ustaz Ramadhan adalah ahli Lembaga Pengelola selaku Penolong Setiausaha. Tugas Ketua Guru adalah sebagai pentadbir dan bukan mengajar. Jika pun beliau diperlukan untuk mengajar, kemampuan dan kelayakannya tidak disangsikan.

3. Rebutan? Saudara telah tersasar jauh. Di bulan yang mulia ini jadikan amalan berbaik sangka sebagai cara hidup kita kerana buruk sangka sangat ditegah Allah SWT. Atas dasar itulah maka saya memberikan penjelasan ringkas ini walaupun sdr. tidak mengenalkan diri dan kita bersangka baik.

salam,
zainal abidin ahmad
naib pengerusi /
pengerusi kebajikan kafa bj.

Anonymous said...

Saya teramat musykil dengan Saudara Anonymous 1 (pertama) menyatakan guru-guru khabarnya tidak berkelayakkan?

Pertanyaan saya:
(1)Guru - guru yang mengajar tu dilantik oleh JAIS. Macam mana pulak tidak berkelayakkan? Mungkin sebab tidak dilantik oleh Saudara Anonymous 1 (pertama) atau Anonymous 1 (pertama) lebih tinggi kelayakkannya melantik Guru-Guru mengajar dari JAIS?

(2) Berkenaan dengan wang RM22 ribu saya tak tahu lak pulak akan tetapi dari gaya bahasa Saudara Anonymous 1 (pertama)saya rasa Saudara nie sepatutnya bekerja di JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) Bahagian Pendidikan Sekolah kerana boleh pulak Saudara yang tentukan berapa % untuk Guru-Guru dan berapa % untuk sekolah dan mempersoalkan pihak masjid.

Pada hemat sayalah saudara nie solat aje di masjid tetapi menghentam pihak masjid. Orang sepatutnya bertanya secara berhemah dan memikirkan bagaimana untuk memperbaiki suasana pembelajaran anak-anak kita di sana (KAFA Bukit Jelutong)!

Ke mana saudara ketika KAFA Bukit Jelutong beroperasi di rumah Korner Lot di Jalan Serambi? Kenapa tidak di tanya mengenai akaun sekolah tersebut? Cermin-cerminlah diri.....


Buat Saudara Anonymous 2 (Kedua) pertanyaa saya:

(1) Kenapa Ustaz Ramadhan, pada hemat saya beliau mempunyai pengalaman yang luas dan orang yang berilmu. Hendak dilantik Saudara tak pulak tahu namanya sebab Anonymous 2 (Kedua).

(2) Mampukah Ustaz Ramadhan mengajar di sekolah yang berbeza caranya di Masjid?

Saya rasa tanyalah diri saudara sendiri! Adakah saudara sewaktu lahir di muka bumi ini terus pandai bercakap dan berjalan? Keluar dari Universiti terus pandai buat kerja? Fikirkan konsep "LIFELONG LEARNING."

(3) Mengapa jawatan ketua guru menjadi rebutan sekarang?

Insaflah.... Pada hemat saya sekali lagi... mungkin Saudara Anonymous 2 (Kedua) ingin menjawat jawatan sebagai Ketua Guru. Berjumpalah dengan Pihak Pengurusan KAFA Bukit Jelutong dan berbicanglah demi kebaikan, sekiranya Saudara Anonymous 2 (Kedua)memikirkan Saudara adalah orang paling layak memegang jawatan ini!

Sekian.


Abdul Mutalib Ahmad